Latarbelakang

Profail Syarikat

Citra Aneka Enterprise merupakan syarikat 100% bumiputera dan menjadi pengeluar dan pengedar minuman Kordial berperisa Buah-buahan dan juga menjalankan kursus-kursus dalam bidang teknologi makanan, juga perundingcara untuk usahawan yang ingin membuka perniagaan samada skala kecil-kecilan, sederhana atau besar didalam bidang perusahaan makanan.

Tenaga pengajar Citra Aneka Enterprise iaitu Hj Mohamed Bin Hussin merupakan seorang bekas Pegawai MARDI, Serdang. Beliau telah berpengalaman lebih 35 tahun dalam bidang teknologi makanan di MARDI. Semasa berkhidmat di MARDI,Beliau telah banyak membimbing usahawan-usahawan di seluruh Malaysia.

Selepas bersara dari Mardi, beliau telah menjadi mentor dalam bidang pembuatan makanan di dalam Kelab Usahawan Asas Tani (KUAT) dan menjadi salah seorang tenaga pengajar yang sering mendapat jemputan di Maktab kerjasama Malaysia. Selain itu, Beliau kerap dijemput mengadakan kursus-kursus makanan dan seminar di seluruh Malaysia dan Brunei.

Pada awalnya pemilik mula berniaga secara sambil-sambilan dan beroperasi secara kecil-kecilan sejak dua puluh tahun yang lepas dengan memproses dan menjual cincau, mee kuning, halua dan akhirnya melibatkan kepada perusahaan memproses minuman. Pengalaman memasarkan produk secara jualan terus dan dengan berbekalkan kesungguhan dan minat yang mendalam telah memberi semangat dan keyakinan kepada pemilik untuk menubuhkan perniagaan. Setelah menambahkan ilmu dalam bidang perniagaan dengan mengikuti Latihan Asas Perniagaan dan Skim Latihan Dan Galakan Perniagaan Bagi Kakitangan Kerajaan, maka Citra Aneka Enterprise telah didaftarkan pada tahun 2004.

Jenis perniagaan yang dipilih adalah berbentuk perkhidmatan. Berpandukan pengalaman selama berkhidmat sebagai kakitangan di MARDI, khususnya dalam bidang teknologi makanan, ianya dapat memberi impak yang positif kepada perancangan dan perjalanan perniagaan. Pengalaman pemilik sebagai ahli penyelidik yang mahir selama 35 tahun melayakkan beliau untuk menjadi pakar perunding dan penceramah bebas berkenaan pembangunan dan pemprosesan makanan dan minuman.

Melihat dari aspek yang dinyatakan, Citra Aneka Enterprise yakin bahawa perniagaan yang diceburi ini berpotensi untuk berkembang dan berdaya maju serta mampu bersaing dengan pesaing-pesaing yang sedia ada. Perniagaan ini sememangnya tepat oleh kerana kini ramai usahawan-usahawan yang ingin menceburi dalam industri makanan.

New Picture (1)
New Picture
Keratan akhbar 001
022
20150822_221034
sasasas

CITRA ANEKA ENTERPRISE

BE-LG-02, Jalan Pinggiran 1/4, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

No Tel: +603-89456528 I Fax: +603-89417904 I Email: citra_aneka@yahoo.com.my I Facebook: Kursus Usahawan Makanan